Credit: YouTube
Slumdog Millionaire pernah 'boom' ketika filem ini menang besar di Oscar.
Tetapi pelakon kanak-kanak (Azharudin, Mahesh dan Rubina)dalam filem itu masih dihambat kemiskinan yang sangat teruk dan hidup mereka sama seperti yang digambarkan dalam filem tersebut.
Danny Boyle (pengarahnya) dikatakan tidak mahu bertanggungjawab, kerana beliau menyatakan beliau hanya membuat filem, bukan pengarah kebajikan kanak-kanak miskin. Sementelahan itu juga, beliau tidak menyangka sama sekali filem ini akan menang di Oscar, sedangkan ketika pembikinan, filem ini hanya mahu diterjemahkan dalam bentuk DVD. (Sumber: RD, Oct 2009)
Lupakan sebentar tentang Dev Patel dan Freida Pinto kerana masa kini mereka sedang mengecapi kemasyhuran sehingga boleh menyingkirkan nama Aishwarya Rai dari senarai jurucakap produk.
Tahun lepas, Reader's Digest melaporkan kehidupan watak utama pelakon kanak-kanak itu yang masih berada dalam keadaan daif, tidak bersekolah, yang berkata "Saya menang Oscar, tapi bila saya balik India, rumah saya masih sama"
Beberapa usaha telah dilakukan untuk meningkatkan taraf hidup mereka, dan setakat ini diberitakan Rubina Ali (Latika ,semasa kecil) masih ditakuk lama kerana bapanya yang mahu hak sebagai pemegang amanah
linarahim: sedang cuba Qana'ah dan Wasatiah


2 review(s):
...dan birokrasi pun satu hal
Yep. macam semua orang dalam industri tu cuba jadi oportunis dgn kemiskinan mereka
Post a Comment
love ya..!