Nenek saya sekarang hampir menjengah umur 90 tahun dan tak berapa sihat.
Nenek saya pernah cerita pada saya dan mak tentang kewujudan duyung, wanita yang separuh manusia dan separuh ikan.Tapi saya perlu jelaskan di sini tiada apa-apa bukti bertulis atau sebarang artifak atau testimoni dari orang-orang terlibat. Ia adalah cerita dari nenek saya.
Nenek dan arwah atuk duduk di Tanjung Karang, di hujung tanjung ada penempatan nelayan
yang mereka panggil bagan,dan orang-orang yang duduk di situ dipanggil orang bagan di mana nelayan adalah dari kaum Melayu dan peraih atau tauke bot dari kaum Cina.

Pada suatu hari, heboh satu bagan di situ nelayan telah 'tertangkap' seekor duyung wanita. Berita tersebut telah merebak ke seluruh Tanjong Karang, sampai ke Sekinchan hingga ke Sabak Bernam. Pada masa itu, nenek saya berusia belasan tahun. Berduyun-duyun orang ramai mengerumuni duyung tersebut, termasuk nenek saya dan adik beradiknya.
Nenek menceritakan duyung tersebut adalah wanita, kulit putih cantik, rambut panjang mengurai, pendek kata wanita tercantik lah. Sisiknya bermula dari pinggang. Maka bahagian atas masih manusia, tanpa diliputi apa-apa kain seperti yang kita tengok dalam filem. Jadi, orang orang yang berkumpul bukan sahaja menikmati kecantikan dan keajaiban duyung tersebut tetapi juga cuci mata. Nenek menyaksikan buah dada duyung tersebut sama seperti buah dada wanita perawan yang belum berkahwin; tegang, mekar, tidak kecik dan tidak besar, terbentuk sempurna.

Duyung tersebut tidak berkata apa-apa, hanya mendiamkan diri, kelihatan gelisah diperhatikan,namun tidak dapat berbuat apa-apa. Dia menunduk-nunduk sekali-sekala tersenyum lemah, namun tiada suara yang keluar.
Sampailah tauke bot/peraih paling kaya & berpengaruh di bagan itu menjenguk. Taukenya Cina, jadi dia membeli duyung itu dari nelayan tak diketahui samada dengan harga mahal atau murah.
Apa yang terjadi selepas itu sangat menyayat hati kerana tauke tersebut mahu menjadikan
duyung itu sebagai santapan makan malam untuk keluarganya, kerana dia menganggap duyung itu adalah ikan yang sangat sedap isinya.
Tibalah masa melapah duyung itu. Duyung itu dikerat seperti ikan, tiada suara jeritan yang keluar hanya air mata yang berlinang dari mata duyung itu. Nelayan-nelayan tersebut terpaksa melapah duyung tersebut, termasuk membelah buah dadanya itu. Paling sedih, buah dadanya dikerat dan diletakkan di atas batu pantai sementara bahagian badannya yang lain dilapah.
Setelah semuanya selesai, tauke tersebut membawa bahagian-bahagian badan duyung tersebut ke rumahnya, dan diceritakan keluarganya memasak sup dengan bahagian-bahagian tersebut.
Pada keesokan harinya, kecoh lagi satu berita; keluarga tauke yang makan sup ikan duyung kesemuanya mati tanpa dapat dikenal pasti sebab kematiannya. Sejak itu, jika nelayan-nelayan terlihat duyung di laut, mereka tidak mempedulikannya.
Ini cerita nenek saya. Banyak lagi rahsia alam semesta yang tidak diketahui manusia. Wallaahua'alm.
Kredit gambar dari Superiscun dan Shenun


10 review(s):
lina, btol ker???
sy pon ingat cerita dongeng aje..klu da nenek sendir yang tengok betol la tu kan..keciannya dekat duyung tu...dah rupa org sanggup lg dorang makan...huh
Ni nenek la cerita, dia cerita lagi detail sebenarnya, ni saya pendekkan je. Dia kata memang dia percaya dan orang tua-tua kat kawasan situ semuanya percaya sebab diorang tengok sendiri.
Patutnya dilepaskan balik je ke laut, ni dimakan pula..tak tau la kalau mati kena sumpahan duyung ke apa..
wuuu, menarik la cita duyung tu.tp zaman dulu mmg betul2 wujud kut duyung ni.sbb 1 dunia mmg ada kisah duyung memasing.tp, ape ke sengal laa si tokey cina tu nk pegi mkn duyung tu kan.letak je lah dlm akuarium kan.pggil tukang amek gamba ke kan.boley la generasi kita2 ni tumpang tgk gak.hihihi!
huhuhu bes gak jadi duyung.. lina, jihan da reply comment tau =)
wow...tul ke lina...menarik citer ni....igt dongeng je...cian duyung tu kan...awk pun suka tgk duyung aridinata ek
Anis: haha..letak dalam akuarium dan panggil photgrapher adalah idea paling best..yezza..
Jihan: best sbb body lawa, tak ngembang..hehehe..
Eka: tak de la ikut sangat drama tu, tapi nengok le juga..
lina.. sms kat num jihan 0193366317 detail ye.. ebriza tu my sis email.. n printer tu ada pada jihan.. so better email jihan or sms 0193366317 or norjihan.muzlan@gmail.com tq
ooh..ok...thanks..jap lagi email Jihan ye..
beshnye pengalaman nenek ko..kesian duyung tu..
Kesian duyung tu..best tak best dia dapat tengok live la, tak payah tengok kat Youtube macam kita..hehe
Post a Comment
love ya..!