Thursday, September 16, 2010

Mari masak Nasi Arab bersama mak saya

Saya ada cerita ayah saya suka sangat makanan Middle East,jadi mereka selalu menerjah restoran-restoran yang menghidangkan makanan seperti ini around Klang Valley, sebut saja di Bangi, Shah Alam, Cyberjaya, Subang semua dicubanya.

Satu hari, mak saya menonton TV rancangan yang dihoskan oleh Farah Adeeba tentang cara-cara memasak Nasi Arab (kegemaran ayah yang sekarang jadi kegemaran kami) dibawakan dari Restoran Saba.Jadi mak saya terus mencubanya dan wah, voila! Kali ini adalah kali kedua mak masak sempena menyambut kepulangan kami dan wah...sedap sangat-sangat..Mudah, tak susah dan tak remeh sangat..Jom kita cuba ya..

Bahan-bahan:
Ayam (berapa ekor, ikut suka)
Kambing (ikut suka berapa kilo)
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk ketumbar
Beras Mongol / Beras Basmathi
Minyak zaitun
Tomato merah
Tomato hijau
Bawang besar
Rempah: star anise, cinnamon, cengkih, dll
Capsicum (Cili benggala)
Timun (sebiji)
Carrot (ikut suka berapa banyak)
Cuka
Lemon
Cili merah / cili hijau
Garam & gula secukup rasa


Cara memasak

1. Ok, masa ni tunggu ayah balik bawa daging kambing belum sampai. Jadi mak buat ayam dulu. Ayam mentah, bersihkan, toskan airnya.

2. Lumurkan seketul-seketul ayam dengan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar (ada dijual dalam bentuk paket di Tesco/Giant/pasaraya lain)

3. Kemudian, balutkan dengan kertas foil. Ulangi langkah ini untuk semua ketulan ayam.

4. Masukkan dalam pressure cooker kesemua ayam tersebut, dan sebelum pasangkan api, tambah sedikit air dalam pressure cooker tersebut. Mak kata boleh juga kalau nak kukus tapi terlampau lambat. Tunggu sehingga masak.

5. Ok, ayah dah balik bawa beras dan daging kambing. Sementara menunggu ayam masak, kita ulangi langkah 2 dan 3 untuk daging kambing ini. Kemudian ketepikan sebentar.


5. Kita terus move on buat nasi pula. Ayah beli dua paket beras Mongol (tak ingat berapa gram/kilogram), tapi cukup untuk kami 6 orang berbuka puasa dan bersahur dengan menu yang sama.

6.Sukat beras tersebut dalam satu bekas. Tengok takat mana beras dalam bekas itu. Sebab sukatan air untuk masak nasi mesti sama dengan sukatan beras (atau boleh dilebihkan sedikit sahaja). Ketepikan air yang telah disukat itu. Maksud saya, air dan beras pada masa ni belum dicampurkan lagi.

7.Panaskan minyak zaitun dalam periuk. Masukkan rempah ratus. Jangan sedikit sangat & jangan terlampau banyak sangat rempah ratus tersebut



8. Sementara menunggu minyak zaitun panas, hiriskan 1 bawang besar, 1 capsicum dan 1 biji tomato.

9. Apabila minyak telah panas, tumis bawang, capsicum dan tomato tersebut sehingga naik bau.Letak sedikit garam

10. Ingat air yang telah disukat mengikut takat sukatan beras tadi di nombor 6? Sekarang, boleh masukkan air tadi.

11. Kemudian apabila telah mendidih, masukkan beras. Apabila telah separuh masak, mak masukkan dalam rice cooker (masak nasi seperti biasa). Masukkan sedikit pewarna kuning telur. Selalulah jenguk-jenguk dan gaulkan supaya warna nasi sekata dan nasi berderai.

(Pada masa ini ayam telah lembut, jadi mak keluarkan ayam dari pressure cooker dan gantikan dengan daging kambing. Masukkan sedikit air untuk empukkan daging kambing tersebut. Masak daging kambing lebih lama dari ayam. Agak-agak hendak waktu berbuka, baru mak tutup api dan masukkan dalam pinggan)

12. Kita buat jeruk pula ya..Potong timun sebiji secara dadu, sama juga dengan tomato hijau dan carrot. Tapi carrot saya potong separuh biji je, sebab adik-adik tak suka carrot banyak-banyak. Gaulkan dengan garam dan gula sedikit, renjis sedikit cuka (dalam 3 atau 4 kali renjis), kemudian pour air masak sedikit juga (hanya untuk membasahkan adunan tersebut)





13. Hiris lemon, untuk diperah pada ayam/daging kambing.


14. Masa mengangkat ayam dan daging kambing dari pressure cooker tadi, ada air rebusan yang tinggal dalam pressure cooker tersebut. Jangan buang. Jadikan ia sup.


15. Kemudian, hiris dan blender cili hidup dengan sedikit garam dan gula. Kalau di Restoran Saba pakai cili hijau (tapi adik- adik tak suka), so buat style Restoran Nasi Arab Damsyik pakai cili merah.

15. Menu tambahan yang ayah minta - sotong sumbat. Yang ini saya tak tunjuk la cara masaknya ye, semua orang pun dah tahu.



16. Hidangkan. Hati-hati sebab daging kambing yang baru keluar dari pressure cooker sangat panas.



Dimulakan dengan kurma Yusuf Taiyoob, kami senyap sunyi menikmati juadah buka puasa yang dimasak oleh mak, mengembara sebentar ke padang pasir. Oh Sedapnya..! (speechless)
Selamat mencuba. Boleh juga jadi juadah untuk rumah terbuka dan mengikat perut yang tersayang..

Disclaimer: Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan atau ketidaksedapan atau ke'tidakjadi'an masakan semasa mencuba resepi ini. Ini adalah pengalaman penulis bersama mak semata-mata. Terima kasih.

11 comments:

  1. hm.nampak cam menarik la lina.mampu ke eka buat.nak cuba la.jd tak jd belakang kira.tenkiu berkongsi

    ReplyDelete
  2. saya nak buat kat Miri ni takde pressure cooker pulak..

    ReplyDelete
  3. waaa..byknye makanan....rs cm ta pernah je try nsi arab ni..sedap ek...part ayam ngn daging tu cm sedap aje kan...

    ReplyDelete
  4. ha..Fiszah pregnant ni boleh la makan..kalau malas masak sendiri, pergi je restoran Midlle East mana2..

    ReplyDelete
  5. hehe..klu request lina yg masakkan dan lina post kan camne?hhehehhehhe....nnti da sampai mood nk makan akn ku terjah restoran tu.heh

    ReplyDelete
  6. boleh tu boleh..tapi sampai ke Fiszah dah basi pula nasinya.. heheh..

    ReplyDelete
  7. Y allah...terujanya..nk bookmark..nnt nak cuba

    cik abg blk dari 'negara aarab' tu terkejut unta tgok bini dia kt M'sia tau buat nasi arab

    ReplyDelete
  8. Cuba la Kak Jie..mudah juga la..sebab kat sana semua ada..Halal belaka..kami kat sini tak beli lagi pressure cooker..

    ReplyDelete
  9. wow..sy rs teruja utk mencubanye...bagus info cara msk nasi arab yg awk tunjuk ni cik lina

    ReplyDelete
  10. lina,
    berapa lama awak masak ayam dan kambing dlm presure cooker tu? 1 jam?

    ReplyDelete
  11. BERAS MONGGOL ...

    ReplyDelete

love ya..!