Menyampah dengar ayat yang keluar dari mulut Si Pi, "eh, bumbung airport Miri ni macam airport KLIA lah"..Jawab orang Miri ni, "eh, engkau ingat airport Miri ni dekat padang rumput kerbau ke?".."Err...aku kata bumbung..." Sudahlah.
Sambung lagi Si Pi bila dalam kereta menuju ke rumah kami, "eh, Miri pun ada hospital ya?"..Jawab orang Miri ni,"kau ingat orang sakit kat Miri ni semua nak pergi dukun pawang ke?" Si Pi cover "err..aku ingat ada klinik desa je.."
Tak habis lagi,"eh, kat sini pun ada highway ye?" Orang Miri naik hantu "hei, baru jejak kaki ke Miri kau dah ingat Miri ni pedalaman ke?" Si Pi termalu-malu, "err..aku ingat pekan kecil je.."
Lantas si dia yang sambil drive menyahut, "rumah kami rumah panjang Pi, jap lagi kita ke seberang sungai, rumah kami masuk dalam, pastu kami pergi kerja naik sampan, nanti Pi makan dalam daun pisang, minum dalam cawan buluh, pastu kita sama2 pakai cawat ye..."
Hmmpph..baru tahu!
Pagi2 lagi Si Pi sudah bangun, saya cuma gorengkan roti pratha dengan makanan kering lain. Tak sangka mak kirimkan rendang ayam kesukaan suami saya, tapi banyak gila macam 5 orang makan. Tak lupa juga Butterscotch 2 buku. Hai..mak ayah lebih ingat si dia berbanding saya!..
Petang esoknya lepas solat Jumaat, husband bawa adik2 ke Muzium Petroleum di Grand Old Lady aka Canada Hill. Tempat petroleum yang lama tu telah ditutup dan diganti dengan Muzium Petroleum.
Si Pi memang suka sains. Berbanding dengan Si Li dan saya, kami tak mahir langsung dalam sains. Dah lama sikit, husband bawa mereka ke Tanjong Lobang menghirup angin pantai petang.
Kemudian, petang itu sebelum balik, mereka ke Marina Bay. Namun ruang pejalan kaki di sekitar Marina Bay ditutup, dapat bergambar dari luar je.
Esoknya Sabtu, kami perlu kerja.Tinggallah adik2 berdua tidur terbongkang. Balik tengahari terus bersiap2 dan singgah McD. Kemudian kami ke Brunei. Tempat yang perlu dipergikan sebelum Bandar Seri Begawan adalah Jerudong Park. Sebelum ke Jerudong Playground, kami singgah sekejap di Jerudong Glof Club and Resort. Sebab nak tengok kuda. Banyak betul kuda2 di sini. Yang paling geli hati, ada kuda jinak yang pandai sungguh bergambar. Pantang kami angkat kamera, dia mula kaku berposing mengelip2 bulu mata. Bila turun kamera, baru dia gerak semula. Sweetnya la kuda2 ni..tapi tak tahan sebab angin petang meniupkan bau najis kuda2 ni..
Kemudian, kami pergi ke Jerudong Park, bergambar sekejap di Crrystal Monument di pintu gerbang Jerudong Park
Dah masuk, kami bergambar2 la di tempat yang ada dan beli tiket untuk Musical Fountain yang mula pukul 8.30pm
Rupa musical fountain tu boleh tengok di sini. Sama je la lebih kurang..Cuma kali ni kami terkena odour pollution, sebab banyak pelancong dari Timur Tengah dan India datang, berangin pulak malam tu..uh..sabo je la.
Sebenarnya Jerudong Park ada relaunch. Sebab mereka renovate dan tambah game baru. Kami naik apa benda entah namanya ni, tapi pakai elektrik la..Tapi sempit gila duduk dua orang..Bila check balik, lah, rupanya untuk kiddie..Memang tak sedar diri.. :-)
Kemudian, kami beratur untuk naik train pulak. Tak lama pun. Bagus jugak sebab Jerudong Park ni luas dan besar, letih kalau jalan kaki. Bila naik train ni boleh tengok keseluruhan Jerudong Playground.
Kemudian, kami naik benda apa entah namanya ni. Saya, terjerit2 sebab tak pandai naik benda alah ni..Dapat la juga 2 round..Hm..tak nak lah naik lagi, malu..!
Sebab na menghabiskan tiket yang ada, adik2 dan si husband of course la nak main tembak2 ni..Saya, tukang sibuk walaupun tak reti..
Nak main bumper car, tapi dah tutup sebab ramai sangat orang beratur. Yang last, kami naik carrousel ni..
Kami makan bakso di Jerudong Park tu, yang memang lah tersangat sedap. Ada satu gerai tu apa entah nama dia. Kami order Oreo Mik Shake, ABC, kesemuanya terbaik. Sedap sangat2. Kenyang.Siap datang situ dua kali dan of courselah si pemilik gerai happy gila
Nanti. Belum habis..akan datang bersambung lagi, itupun kalau rajin dan ada mood.


9 review(s):
nyummy! gambar penutup entry Lina tu menarik n menghairah kan, aiskrimmmmmmmmm......
salam.how are you?
im proactive.simpler
we are a team of people specializing in how to do research for msc and phd.
would you care to drop by and share your views on the subject ie tips and what not about doing phd?
your insight would be greatly appreciated!
thank you :)
Wah, enjoy betul tengok dua bujang tu bercuti sakan... hi hi kakak dan abang tak pokai ke bawak adik jalan sana sini!
mana de org cakap cawat...!!!
syioknya adik2 dia dtg
@eMMe masih terbayang2 lagi ni
@Che Mid nak kira pokai, tak bawak berjalan pun pokai gak kak..belasah je la..
@Anonymous ade la yang..
@eKa syiok..
Post a Comment
love ya..!