Di bulan Ramadhan ini, sepatutnya memperbanyakkan amalan, contohnya beri tazkirah dalam blog. Tetapi saya cuma pandai membacanya sahaja dan kali ini marilah kita melelehkan air liur kita menatap foto-foto makanan yang scrumptious.
Cafe Rosita ni terletak di tingkat bawah Dynasty Hotel Miri, dan tentulah saya jumpanya di web restaurant reviews in Miri yang terkenal iaitu MakanManiacs. Saya pakai gambar adik jadi model Cafe Rosita ya..
Dalam Cafe Rosita. Cafe Rosita ni tak adalah besar sangat, boleh memuatkan 100-120 orang dalam satu masa. Ada 2 cafe di dynasty Hotel ni dan satu lagi Chinese Restaurant. Untuk pengetahuan, kitchennya telah disahkan Halal oleh Jabatan Agama Islam Sarawak.
Ini adalah beberapa menu yang telah dicuba. Tak ikut susunan ya.. Upload ikut suka je ni..
| Spaghetti carbonara |
| Fritto Misto |
| Nasi Thai style |
| Sambal nyonya. Dihidangkan dengan nasi putih. Sedap dan kadang2 quite sour |
Di bawah ini tak tahu apa nama menu ni, kami tak order pun, cuma the waitress salah ambil pesanan dan the chef pun salah masak. Dah makan separuh baru the waitress bagitahu ini menu yang salah. Tapi tak apalah. Makan je..Razeki jangan ditolak.
Di bawah ini tak ingat apa nama menunya tapi recommended. Sedap lah!
| Burger of Dynasty Hotel. My hubby yang order tapi tak berapa sedap. |
| Mango puding. Sedap. |
| Tak ingat apa nama tapi sedap juga |
Masa Si Li dan Si Pi datang haritu, kami bawa mereka dinner sini.
| Banana split |
Masa kami sampai kami ingat kami yang paling lambat, dah 6.15 tu..buka 6.40..rupa2nya kami paling awal, Tapi tak mengapa sebab dapat tempat best dan dekat dengan makanan. The waitress akan bawa lamb, beef dan fish (all are grilled perfectly) ke tempat kita. Oh bestnya.
3 keping gambar di atas ni semua masa tiada orang lagi. Bolehlah menggedik2 tengok apa juadah yang dihidangkan. Oh terlalu banyak. Kaunter salad, kaunter main course ada nasi beriyani yang sangat tasteful, ada kaunter sushi, ada kaunter grilled lamb, ada kaunter desert yang berbagai2, ada kaunter masakan apa entah. Tapi semua sedap.
Makanan-makanan yang diatas tu semua sebahagian je, sebab yang lain yang kena cekik dengan perempuan tekak besar ini. Dan, pukul 8.30 perut pun dah ketat, teringin nak makan lagi tapi tak apa lah, takut termuntah pulak.
Jangan salah sangka, nampak macam mahal, tetapi sebenarnya harga makanan di sini semuanya lebih kurang macam Secret Recipe je, malah lebih murah dan lebih berbaloi portionnya.
Pendek kata, kalau dah sampai ke tekak Lina Rahim ni, semuanya sedap lah. Hahaha..


2 review(s):
ya ampun..baca blog lina di awal pagi ramadan sangat mencabar..huhu..sangat sedap semua makanan2 tu..rasa nk g makan sekarang jugak..look very yummy
@fiszah_pjo Lina pergi lagi semalam sebab kawan ajak..memang muntakedarah je la Ramadan ni..adoii
Post a Comment
love ya..!