Saturday, October 29, 2011

Panggilan Pulau Mabul (1)

Sebenarnya dah tulis panjang dan detail, tapi kemudian blogger buat hal, terus kena menulis semula. Tapi karangan kedua tak akan boleh sama dengan karangan pertama. Karangan kedua pendek2 sahaja sebab dah tak larat. Gambar2 cun pun entah ke mana perginya terus dah malas upload kali kedua.


Sebetulnya, saya sangat rindu pada Pulau Mabul. Yang terletak di Semporna, Sabah
Rindu pada bau air laut yang masin
Rindu dengan sakit bontot terhentak2 masa bot menujah2 lautan dari Jeti Semporna-Pulau Mabul-Semporna
Rindu dengan bunyi air laut dan bunyi bot2
Rindu melihat bot2 menderu membelah jalan lautan dengan bangga umpama itulah Myvi dan Vios mereka
Rindu menguak tingkap bilik kemudian mengecilkan bebola mata dek pancaran matahari menyilau lalu menundukkan kepala ke bawah lalu terlihat tapak sulaiman berada di sekeliling bilik kami
Rindu bersidai2 dan berjuntai2 kaki waktu petang di balkoni papan tepi laut menunggu senja
Rindu berjalan berpimpin tangan di titian2 rongak menghubungkan rumah2 atas air di Pulau Mabul
Rindu badan diayun2 ombak laut tatkala dalam air
Rindu dengan perasaan terkesima melihat hidupan laut di sekeliling Pulau Mabul
Rindu semuanya lah..!


Percutian pendek je sebenarnya, tak dirancang. Cuma pada minggu tersebut je kami free petang Jumaat maka cari2 tempat yang boleh dilawati dengan harga yang murah. Tengok tiket memang murah pada seminggu sebelumnya, tapi tak decide, esoknya kami nak beli tiket internet pula buat hal. Sudahnya Rabu malam baru beli tiket Jumaat petang bertolak. Jadi tak jimat mana la bab tiket flight tu. Kami naik MASWings untuk perjalanan dua hala pergi balik


Flight dari Miri ke KK, kemudian KK ke Tawau. Dari Tawau nak ke Semporna kami naik teksi yang disediakan di airport Tawau. Taxi driver suggestkan kami bermalam di City Inn. Kami cuma bermalam satu malam di Semporna kerana esok pagi Sabtu plan nak ke Mabul.


Pagi tu call agent (yang kebetulan officenya terletak dekat dengan hotel kami stay tu) dan uruskan segala urusan pembayaran dan khidmat2 yang diperlukan i.e. bot pergi balik, accomodation, makan 3x sehari, snorkelling, etc. Kami mohon juga untuk diving dan underwater camera rental.


Ada kereta khas yang bawa kami dari bandar Semporna ke Jeti Umum Semporna. Di Jeti Semporna ini terdapat banyak bot2 beroperasi dan ada satu hotel atas air yang paling banyak di sini, Dragon Inn.

Dari Jeti Umum Semporna ke Pulau Mabul mengambil masa 1 jam. Tak pakai life jacket pun, sakit bontot terhentak2..Tengok bot2 lain pun sama, semua penumpang tak pakai jaket keselamatan.

Sampai tu, terus rasa teruja sanagt2..Semua resort dan homestay dibina di atas air yang menghadap laut. Oh ya, kami stay di homestay je, di ScubaJeff, kerana mereka satu2nya yang menjanjikan makanan halal.


Sampai2 juga di homestay, kami minta pekerja bawa kami untuk diving. Pekerja homestay bawa kami melalui titian tinggi dari paras air untuk ke dive centre.

Sampai di SeaHorse dive centre kami diperkenalkan dengan Mustafa seorang Eqyptian yang merupakan diving instructor saya. Manakala husband mendapat Jojo sebagai instructornya. Semasa pekerja dive centre menyiapkan our equipment, kami telah diberi penerangan dan taklimat ringkas dengan bahasa2 isyarat dalam air. Maklumlah tak boleh bercakap kena la guna bahasa isyarat. Kami diajar teknik pernafasan di dalam air, di ajar bagaimana untuk equalize (meneutralkan) tekanan dengan tekanan di dalam air.


Kami memerlukan instructor kerana kami tiada lesen diving. Pada ketika penerangan ini, saya kelihatan bodoh. Saya blur. Rasa seolah2 macam semua orang di dive centre tu nak suruh saya tarik diri. Nampak juga Mustafa tidak yakin dengan saya dan minta bantuan Jojo memberikan penerangan. Husband saya juga tak berapa yakin dengan saya disebabkan kebluran saya yang teramat sangat.  Memang saya blur. Perasaan nervous dan extra excited bercampur baur. Excited sebab first time diving tapi nervous sebab tak pernah diving before.


Dalam bot, kami dibantu untuk pakai equipment i.e oxygen tank, pemberat di pinggang, fin, dan mask.Dalam bot, ada beberapa lagi diver yang bersama2 kami dan kami dibawa ke satu tempat di area Sipadan Water Village. Sebelum terjun ke dalam air, kami diajar untuk backroll - duduk di tebing boat dan terjun ke dalam air dari belakang. Dimulai dengan Mustafa, kemudian saya. Tapi saya terlalu nervous sampaikan boatman yang tolak tank saya. Tercungap2 dan panik tak usah cerita la.. Mujur la si Mustafa pandai dalam menenangkan kepanikan saya. Kemudian diikuti dengan husband pula backroll.



Sebelum menyelam juga, our isntructor ada suruh kami buat beberapa latihan di permukaan air. Latihan tu termasuklah teknik mengeluarkan air jika air masuk ke dalam mask, equalize, teknik jika tertelan air laut, dan latihan ulangan untuk bahasa isyarat.


Kami dikehendaki berteleku sebentar di dasar laut (agak saya dalam 2/3 meter) untuk buat beberapa latihan tadi..


Dan pengembaraan bermula..chewah..Kami dibawa menyelam ke dasar dengan bantuan our instructor. Semakin lama menyelam, semakin saya jadi terkesima dan terpegun dengan keindahan hidupan laut. Mula2, kami jumpa satu penyu kecil yang tersangkut. Kemudian Jojo lepaskan penyu tersebut dari akar tumbuhan laut yang berselirat. Penyu tu kecil2 pun besar 3/4 badan saya juga. Kemudian, penyu tu berenang naik ke atas..






Entah tak tahu apa namanya ni


Menyelam semakin ke dalam, semakin kuat tekanan. Umpamanya jika flight kita naik tinnggi, tinggi dan tinggi lagi. Telinga akan rasa berdengung dan berdesing. Sakit sangat. Ataupun jika kapal terbang hendak mendarat, tekanan akan berubah. Begitulah jua rasa apabila our isntructor bawa kami ke dalam dan ke dalam lagi..

Sakit sampai saya hampir surrender. Tapi Mustafa suruh saya buat teknik equalize tu, banyak kali, lebih 6x saya rasa..Tak lama kemudian, saya nampak husband dan Jojo dah sampai ke dasar yang mana ada penyu 5x badan saya di situ. Terus bersemangat nak ke situ jua, buat banyak kali teknik equalize tu then rasa ok. Dari satu meter ke satu meter dalam, saya asyik berhenti sebab tak dapat meneruskan penyelaman. Tapi Mustafa suruh saya buat teknik tu sampai rasa ok. Bila dah rasa ok, menyelam ke dalam lagi, dan woww indahnya...!


Rule of thumb - tak boleh menyentuh sebarang hidupan laut, boleh tengok dan tangkap gambar dan nikmati keindahan berenang bersama2 ikan warna warni. Sungguh tak sangka gambar2 ikan warna warni dan berbagai bentuk yang selama ini hanya menjadi lukisan mural dan atas kertas lukisan semasa kelas Pendidikan Seni rupanya benar2 wujud di dunia nyata. Indah kan..?


Masa di dasar tu, kami menggedik2 la ambil gambar bersama2..Agak lama di situ, tapi kemudian kami naik semula di atas sebab ada beberapa diver lain yang nak tengok dan bergambar dengan penyu besar tu. Masa Mustafa bawa saya naik ke permukaan, memang terasa tekanan kian berkurangan.

So kami pun naik la ke permukaan. Wah, time ni rasa best betul..Naik2 sudah berasa di tengah2 laut dengan bot yang sedia menanti.
Bersama Mustafa, the diving instructor

Bersama Jojo, instructor untuk hubby
Banyak juga la gambar yang diambil oleh Jojo. Kami balik semula ke dive centre dan Mustafa terus copy semua gambar2 tadi dalam netbooknya dan tak lupa juga simkad kami. Camera underwater tadi tu kami sewa di dive centre ini juga, kami tak ada underwater camera/casing utk underwater photography.


SeaHorse Dive Centre, Mabul Island, Semporna Sabah

Kami berbual2 sebentar dan kemudian balik ke homestay kami untuk lunch.

Ok, tentang kebluran tadi. Masa kami naik ke permukaan, Mustafa dan Jojo melahirkan rasa gembira dan terkejut sebab saya berjaya sampai ke dasar. Actually, masa di dive centre lagi hinggalah di dalam boat sebelum terjun ke laut, Jojo dan Mustafa telah bertaruh saya tidak akan dapat capai ke dasar. Mustafa bertaruh saya tidak akan dapat menyelam ke dasar kerana 'kebluran' saya manakala Jojo memilih untuk menentang Mustafa. Pertaruhan yang bukan sedikit, RM500 ok!..Dan Jojo tersangat2 happy hinggakan dia pecah rahsia tu sejurus kami buka our diving equipment dalam bot. Dan boatmen serta diver2 lain semuanya tersengih2 sebab mereka pun berpendapat saya adalah berisiko tinggi terhadap dive centre mereka.


Sampai2 di dive centre pun, almost everyone tanya pada Mustafa dan Jojo how I did, tapi Jojo of courselah dengan bangga betapa bagusnya kami di dasar. Mustafa pula sangat2 happy dan terkejut, dia kata kami sangat tenang dan macam real diver masa di dasar walaupun dia pada awalnya macam tak mahu guide saya. Mereka pelawa kami untuk ambil lesen menyelam di situ dengan syarat kena stay 4 hari 3 malam.. Woh sangat best..! Tapi kami belum decide lagi nak ambil lesen ke tak..Cuma kami dah ada tempat diving pada tahun hadapan, dah beli tiket pun , InsyaAllah jika cuaca bagus dan tiada aral melintang, tengoklah macamana..

Kedalaman yang dibenarkan untuk penyelam tiada lesen seperti kami hanya 12 meter sahaja. Jika ada lesen boleh capai hingga 18 meter. Ikut range kelayakan lesen tersebut la.


Actually, rasa seronok yang teramat sangat, sampai terkenang2 sehingga hari ini. Nak tidur terkenang, bangun tidur pun terkenang, hatta masa tengah mandi dihujani shower pun teringat ayunan air laut pada badan ni..


Ok, nanti saya sambung lagi.

4 review(s):

eKa said...

wahhh teruja sgt !!!!!!! nak gambar lg

Lina Rahim said...

@eKa Lina tak ambil gmbar byk sgt Eka..sebab excited sangat masa datang tu sampai lupa camera

Mrs Emzee said...

Hi dear....agak2nya if i bawa children ok tak to this place? less den a year old?

Lina Rahim said...

@Mrs Emzee Ok je..better duduk resort..sebab lebih practical untuk anak kecil..cuma naik bot dari semporna ke mabul tu mereka tak suruh kita pakai life jacket walaupun ada jacketnya tu..mungkin mereka take for granted..kita boleh je minta pakai life jacket..yang lain2 tu untuk children ok je..

Post a Comment

love ya..!