Tuesday, January 10, 2012

Universal Studio Singapore (2)

Macam yang saya beritahu sebelum ni, Universal Studio Singapore ada 7 parks iaitu Hoolywood, kemudian New York, the Sci-Fi city, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away, dan Madagascar.

Yang sebelum ni cuma Hollywood dan New York. Masa di New York, kami just ambil gambar dan tengok show Light, Camera, Action! yang menunjukkan teknologi-teknologi pembuatan filem Hollywood yang gah-gah tu. Kami tak kejar show pun sebab tak tengok jadual. Habis tu, sibuk kejar ride Transformers yang baru tu..

Kalau di Hollywood dan New Yok penuh dengan ciri-ciri glamor, kita tengok pula ciri-ciri bandar futuristik di Sci-Fi City

Sci-Fi City

Sci-Fi City ada empat tarikan iaitu Battlestar Galactica (Cyclon-blue track), Battlestar Galactica (Human - red track), Transformers The Ride: The Ultimate 3D Battle, and Accelerator.




Masa kami sampai cuaca baik. Jalan-jalan di Hollywood dan New York, kemudian jalan-jalan ambil gambar di Sci-Fi City ni. Rasa nak sangat naik Battlestar Gallactica ni tapi seriau sebab tengok benda tu masih jalan walaupun hujan. Sekarang ni menyesal tak naik.



Salah satu tarikan terbaru adalah Transformers Ride...Ini adalah tarikan yang paling paling paling best..! Tak tahu nak cakap macamana tapi best gila ah..

 
Gambar ni kami ada beli yang hardcopy punya SD 18.

Setiap kali nak beratur untuk mana-mana ride atau show, memang akan ada penunjuk masa berapa lama kita akan beratur. Disebabkan kami nak juga naik Transformers ni, untuk first time, kami beratur selama 1 jam 40 minit!..Fuuhh..Sepanjang beratur tu, kita akan dapat tengok la pameran dan LCD besar2 yang menunjukkan bumi di ambang kehancuran dek apa nama robot jahat dalam Transformers tu?

Dan lukisan-lukisan serta props yang ada dalam ride ni semuanya menjurus kepada ciri-ciri robotik yang kita selalu tengok dalam filem-filem Transformers tu..




Mula-mula sejam beratur, memang la rasa excited. Bila dah lama sangat beratur, dengan budak-budak memanjat palang la, huh lenguh kaki. Then, bila dah nak sampai, ambil kacamata 3D then the staf akan tunjuk our line untuk ke seat ride.

One ride boleh masuk 12 orang, tak kisah la orang tua ke, kanak-kanak ke, letak je beg plastik di tempat kaki sebab ride ni tak la berbahaya sangat berbanding The Mummy atau Enchanted Airways.
Pakai 3D glasses tu dan rasailah perkara menakjubkan. We are called Evacs, konon-kononya kita ni tolong Optimus Prime dan Bumblebee protect the sparks dari jatuh ke tangan  robot jahat tu..

Saksikan sendiri bila Optimus prime betul-betul bercakap depan kita. dengan layar 3D ni, kita akan rasa semuanya termasuklah bila robot jahat nak cucuk mata kita dengan benda apa ntah, rasa juga ride kita ditarik-tarik, rasa juga the heat bila ada helikopter terbakar depan mata, rasa air terpercik di muka kita bila ride kita melayang-layang dirampas among the robots, rasa juga sejuk bila kita melalui fog, rasa adrenalin rush bila our ride menjunam dari bangunan tinggi ke jalan raya kemudian diselamatkan oleh Optimus Prime, rasa juga bila kita dok tutup muka sebab the robots tarik our ride menjunam ke bangunan pejabat then semua kaca-kaca pejabat tu pecah nak masuk mata kita, rasa juga bila the robot jahat betul-betul macam nak hancurkan our ride, rasa juga bila kita meluncur laju di jalan raya bandar futuristik, our ride berpusing2 dan macam-macam lagi lah.. Bayangkan kita ni seolah-olah Shia La Bouf dalam Transformers tu..Ha..macam tu la..terjerit -terjerit tak usah cakap la..Rasa macam real je, padahal gride tu gerak-gerak sikit je..sebab tu selamat untuk kanak-kanak.

Kami naik ride ni 2 kali ok! Kali kedua beratur panjang 50 minit kemudian bila dah habis kami lari laju-laju ke basement sebab kejar bus. Haha..

Ridenya, robots, and the broken city macam gambar di bawah ni..Source: whosurmuse

Bila dah keluar dari Evacs, kena la pulang balik 3D glasses tu..

Sungguh best tak terkata!

Ancient Egypt
Di Ancient Egypt ni, kami kena beratur lagi untuk Revenge of the Mummy, the roller coaster which you come to face to face with mummies and beetles. Disebabkan ia bahaya sikit, kena simpan barang-barang dalam loker digital yang disediakan. Cuma ingat birthday je. Bayar pun masuk je duit kat slot yang disediakan. Pendek kata, mesra pengguna dan tak menyusahkan.

Revenge of The Mummy ni adalah ride yang agak unpredictable. Kalau roller coaster tu kita tahu la dia akan bergerak ke depan je, tapi ride The Mummy ni unexpected. Ada satu masa tu, ride tu tiba-tiba berhenti depan dinding,ingatkan kami kena baca spell ke apa, tiba-tiba keluar the beetles macam cerita The Mummy tu dari dinding kemudian dengan lajunya the ride reverse kemudian melencong ke arah lain dan whooooshhh menjunam ke tempat lain pulak..Eh, macam-macam la..Seronok sangat. Adrenalin rush yang tak disangka-sangka tapi penuh keterujaan..

Kami beli gambar yang disnap oleh USS di ride ini dalam SD36 siap dengan frame. Tapi lawak lah tengok muka sendiri mulut besar terpekik terlolong dalam gambar.




Mula-mula tak paham kenapa husband pose macam ni, la..rupanya imitate the background..


Far Far Away
Dalam banyak-banyak park, park ini menerima kunjungan luar biasa tak kisahlah untuk kanak-kanak ke besar godang macam kami ke, sebab senibinanya yang macam magical world. Sekarang cuba bayangkan set penggambaran realiti The Rapunzel, Shrek, Puss in Boots, Enchanted ataupun payah sangat tengok Merlin je la, jangan bayang Nilapura pulak..Oooopss.!



Sumpah aku nak besarkan gambar ni 8R letak dalam frame. (eh, 5R je cukuplah..tarik balik sumpah)

Yang atas tadi ni suasana di waktu siang, bila dah senja, alamak cantiknya ada lampu pink..Kan kami round 2,3 kali USS ni..so dapat la syot-syot berlainan..cewaaahh macam pakai DSLR je bunyinya...





Sedikit sebanyak tentang Shrek 4D adventures. Kita akan masuk satu dewan yang memuatkan dalam 300 orang, kemudian kita akan duduk la tapi seat tu special sebab dia bergoyang-goyang bila donkey ride the horse kejar Shrek. Kita tengok 3D Shrek movie and the fairies macam terbang depan mata kita je..Paling geli bila donkey 'aaaaaaaccchhhhooo!!!' (batuk ke selsema tu?) terasa la konon-konon air liur dia terpercik di muka kita. Kemudian, ada satu scene di mana ada beetles kerumun kaki donkey tiba-tiba rasa kaki kita pun di kerumun beetles, then everyone in the hall angkat kaki sebab geli geleman..
Kalau sebelum ni, ramai orang cakap Shrek Adventures ni yang paling best, tapi sejak dah ada Trasnformers Ride ni, Transformers la paling best.

Time ni rasanya kami baru lepas naik Enchanted Airways. Roller coaster lagi. Dalam hujan tu ride ni operating, saya jerit sambil nganga mulut tadah air hujan masa ride tu berpusing..Kih kih kih..


Masa ni tak silap kami beratur untuk Donkey Live show..Bukan Live macamana pun, still jugak imej janaan komputer. My husband telah diinterview oleh the Donkey tu..Overall, saya tak minat show ni..



 
Kemudian lah sambung.

5 review(s):

eMMe said...

bestnye.....!!! nak gi USS jugakkk...hahahahaa...
jeles tau saya tgk kamu Kak Lina uii...

:: zara :: said...

Cerita mmg detailed la.Bravo!Rasa mcm nk g sana..
Keep up with the good work, afni :)

eMMe said...

yg best tayangan transformers 3D tuuu huhuuu....takleh tahan....kaki ni menggeletar nak gi USS, huhuhuh...

Lina Rahim said...

@eMMe ala eMMe nak jeles wat pe..eMMe nak g bila2 pun bleh..ujung minggu pun boleh..

best giler tau transformers 3D tu..pegi cepat, pegi cepat.. :-)

Lina Rahim said...

@:: zara :: Tak detailed sangat la Zahra, tak larat aku nak menaip panjang2 ni walaupun aku suka menulis..

Post a Comment

love ya..!